Tuesday, May 25, 2021

e-FOLIO (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

e-FOLIO (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)


PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

NAMA AHLI KUMPULAN :
  1. ALIF NAAM BIN NASHARUDDIN (09DJK20F1026)
  2. JERALD JY YAMSON (09DJK20F1044)
  3. MOHAMMAD IZZAT BIN MAHAT (09DJK20F1068)
KELAS : DJK2A
KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOS : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KAWALAN)
SESI : DEC 2020
NAMA PENSYARAH : DR. ALIAS BIN MAT SAAD
JABATAN : KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada  DR. Alias Bin Mat Saad , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.  Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

PENGENALAN
Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini. (pengajaran & pembelajaran). 

TIGA TERAS UTAMA KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA




MENGHAYATI PENGALAMAN MALAYSIA:


DARI KESATUAN KE PERPADUAN


SEJARAH MENCARI KESATUAN



PROSES MENYATUPADUKAN




PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA




KEMAJMUKAN MALAYSIA: PENGENALAN RINGKAS


  • Ketiga-tiga etnik majoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masing-masing.
  • Setiap etnik mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang masih dikekalkan hingga kini.

  • bekerakyatan dan hidup di bawah satu bentuk pemerintahan demokrasi raja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Namun, mereka masih dapat disatukan dalam satu ikatan.

  • Selain itu, Malaysia juga mempunyai suku kaum lain seperti Serani, Orang Asli di Semenanjung, Bajau, Kadazan dan Murut di Sabah serta Kedayan, Melanau dan Iban di Sarawak.

  • Dari segi agama, masyarakat Malaysia menganut agama seperti Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfucious, Taois, Animisme dan lain-lain.

PERPADUAN NASIONAL

  • Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara.

INTEGRASI NASIONAL

  • Integrasi nasional bermaksud satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

INTEGRASI WILAYAH

  • Integrasi wilayah ialah satu konsep persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau kawasan asal mereka. 
  • Dalam konteks Malaysia, wilayah boleh diertikan sebagai kawasan yang meliputi entiti geografi serta sempadan politik iaitu wilayah yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.

TRAGEDI 13 MEI



13 MEI 1969



DETIK PERPADUAN VS DETIK PERBEZAAN

  • Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat.
  • Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika:
  • Pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya.

Detik Perpaduan: Sukan Bola Sepak


Ribuan penyokong Harimau Malaya tetap "mengaum" di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Detik Perpaduan: Perkahwinan: “Street Wedding”



Detik Perpaduan: Kesihatan


Penerima vaksin sedang mengambil dos vaksin di program vaksinasi kebangsaan.

KESIMPULAN :

Sesungguhnya, dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai negara impian tersebut. Negara impian dan idaman kita bukan sahaja perlu makmur dan maju dalam semua bidang, tetapi mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan.  Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Rakyatnya memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh, sementara hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan. Melangkah ke hadapan, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera Melayu, turut menyumbang ke arah kelahiran sebuah negara yang bersatu dari segi kaum dan wilayah. Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara ini. kemajuan dan keutuhan bangsa.

PENGAJARAN

  • Semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengendali antara satu sama lain.
  • Setiap kaum mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik. Justeru, mana-mana nilai yang positif daripada budaya lain seperti budaya bekerja dan budaya perniagaan orang Cina boleh dikongsi bersama dengan kaum yang lain untuk berjaya.
  •  Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap kaum perlu saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum-kaum yang lain.
  • Kepelbagaian budaya dan nilai hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini telah menjadikan negara ini unik. Keunikan ini perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.

LAMPIRAN

BUKU

  • Ishak Saat, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Terbitan Pertama 2009
  • Chua Kheng Hoe, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, April 2007

INTERNET




e-FOLIO (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

e-FOLIO ( PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ) PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSI A NAMA AHLI KUMPULAN : ALIF NAAM BIN NASHARUDDIN (09DJK20...