e-FOLIO (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)
PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
- ALIF NAAM BIN NASHARUDDIN (09DJK20F1026)
- JERALD JY YAMSON (09DJK20F1044)
- MOHAMMAD IZZAT BIN MAHAT (09DJK20F1068)
KOS : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KAWALAN)
TIGA TERAS UTAMA KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
KEMAJMUKAN MALAYSIA: PENGENALAN RINGKAS
- Ketiga-tiga etnik majoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masing-masing.
Setiap etnik mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang masih dikekalkan hingga kini.
bekerakyatan dan hidup di bawah satu bentuk pemerintahan demokrasi raja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Namun, mereka masih dapat disatukan dalam satu ikatan.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai suku kaum lain seperti Serani, Orang Asli di Semenanjung, Bajau, Kadazan dan Murut di Sabah serta Kedayan, Melanau dan Iban di Sarawak.
Dari segi agama, masyarakat Malaysia menganut agama seperti Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfucious, Taois, Animisme dan lain-lain.
PERPADUAN NASIONAL
- Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara.
INTEGRASI NASIONAL
- Integrasi nasional bermaksud satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
INTEGRASI WILAYAH
- Integrasi wilayah ialah satu konsep persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau kawasan asal mereka.
- Dalam konteks Malaysia, wilayah boleh diertikan sebagai kawasan yang meliputi entiti geografi serta sempadan politik iaitu wilayah yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
TRAGEDI 13 MEI
DETIK PERPADUAN VS DETIK PERBEZAAN
- Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat.
- Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika:
- Pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya.
Detik Perpaduan: Sukan Bola Sepak
Detik Perpaduan: Perkahwinan: “Street Wedding”
Detik Perpaduan: Kesihatan
Penerima vaksin sedang mengambil dos vaksin di program vaksinasi kebangsaan.
KESIMPULAN :
Sesungguhnya, dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai negara impian tersebut. Negara impian dan idaman kita bukan sahaja perlu makmur dan maju dalam semua bidang, tetapi mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan. Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Rakyatnya memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh, sementara hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan. Melangkah ke hadapan, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera Melayu, turut menyumbang ke arah kelahiran sebuah negara yang bersatu dari segi kaum dan wilayah. Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara ini. kemajuan dan keutuhan bangsa.
PENGAJARAN
- Semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengendali antara satu sama lain.
- Setiap kaum mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik. Justeru, mana-mana nilai yang positif daripada budaya lain seperti budaya bekerja dan budaya perniagaan orang Cina boleh dikongsi bersama dengan kaum yang lain untuk berjaya.
- Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap kaum perlu saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum-kaum yang lain.
- Kepelbagaian budaya dan nilai hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini telah menjadikan negara ini unik. Keunikan ini perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.
LAMPIRAN
- Ishak Saat, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Terbitan Pertama 2009
- Chua Kheng Hoe, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, April 2007
- http://kemasyarakatandanperpaduanpsa.blogspot.com/
- https://www.mindmeister.com/1883612602/topik-4-pemantapan-kesepaduan-nasional-malaysia
- https://azamrahman.blogspot.com/2012/03/integrasi-perpaduan-nasional.html
- https://images.google.com/